Operasi IPT berjalan seperti biasa

0

Susulan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengoperasian Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah kekal sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Demikian memetik pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut pihak kementerian, penuntut antarabangsa dibenarkan masuk ke kampus kecuali dari United Kingdom seawal 1 Januari 2021 manakala pelajar tempatan pula seawal 1 Mac 2021.

Sehubungan itu, semua pelajar yang telah berada di kampus perlu kekal di kampus
masing-masing dan mengikut pembelajaran secara hibrid.

“Bagi pelajar lain, pembelajaran bagi semua program pengajian diteruskan dengan pembelajaran secara dalam talian sehingga tamat PKP.

”Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional adalah dibenarkan dijalankan di kampus.

“Pelajar-pelajar berkeperluan seperti latihan klinikal, peperiksaan profesional, makmal, studio, amali atau akses internet dan seumpamanya adalah dibenarkan,” ujar pihak terbabit.

Dalam pada itu, pihak IPT akan mengeluarkan surat kebenaran khas membolehkan pelajar yang berkeperluan memohon kebenaran merentas negeri atau daerah untuk pulang ke kampus daripada pihak berkuasa.

“Semua aktiviti penyelidikan yang melibatkan kemudahan makmal adalah dibenarkan melalui kebenaran Ketua Jabatan dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Pelajar luar kampus yang menjalani aktiviti penyelidikan perlu mendapatkan surat kebenaran keluar masuk kampus dari IPT masing-masing.

“Kementerian menyeru agar pelaksanaan aktiviti akademik di kampus dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan serta mengamalkan pembudayaan norma baharu seperti sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial,” ujar kenyataan terbabit.

Untuk makluman lanjut, para penuntut boleh mendapatkan tarikh dan jadual kemasukan ke IPT melalui Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian ; 03-8870 6777/ 6949/ 6623/ 6124, melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply