Op Lancar dilaksana, pastikan kelancaran aliran trafik

0

Polis Trafik Bukit Aman melaksanakan Op Lancar di seluruh negara bermula hari ini.

Ia bagi memastikan kelancaran aliran trafik susulan kebenaran rentas negeri bermula hari ini.

Memetik laporan Berita Harian Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, setakat ini aliran trafik dari ibu negara ke arah utara, selatan dan timur Semenanjung menunjukkan peningkatan sehingga 30 peratus berbanding minggu lalu, namun masih terkawal serta lancar.

“Polis menjangkakan jumlah kenderaan akan terus meningkat terutama pada cuti hujung minggu ini sehingga Rabu depan berikutan cuti umum,” katanya.

Susulan itu, semua pasukan JSPT di kontinjen dan daerah sudah diarahkan melakukan pemantauan bagi memastikan pergerakan kenderaan lancar selain pematuhan peraturan jalan raya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply