OP BENTENG : Dua PATI ditahan

0

Dua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd).

Tangkapan oleh Pasukan Rejimen Pertama Renjer DiRaja (1 RRD) pada hari ini jam 6.30
pagi sekaligus mencatatkan kejayaan melalui Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div).

Anggota petugas di Pos Pemerhati, Kompeni A, 1 RRD yang diketuai Mejar Mohamad Hafizullah Mohamad Rashidi selaku Ketua Kompeni A telah mengesan dua orang yang dipercayai PATI sedang bersembunyi di sebalik batu besar dengan menggunakan alat bantuan penglihatan malam Night Vision Google (NVG) di pesisiran pantai Ladang Sg. Tengah, Kota Tinggi, Johor.

Kesemua PATI yang ditangkap akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian saringan COVID-19.

Pasukan yang bertugas ini juga sedang meneruskan pencarian di kawasan sekitar Ladang Sg. Tengah bagi mencari saki baki PATI dan Tekong yang terlibat dan masih berkeliaran.

Untuk rekod, nilai rampasan yang dilakukan dianggarkan bernilai RM5,169 ribu dan Rupiah 3.85 juta (RM560) melibatkan dua buah telefon bimbit serta wang tunai.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3200459709991152&id=505270132843470&sfnsn=mo

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply