Olimpik Tokyo tetap diteruskan walau terdapat risiko berterusan wabak COVID-19

0

Tiada yang dapat menghalang penganjuran Sukan Olimpik Tokyo daripada diteruskan walaupun terdapat risiko berterusan wabak COVID-19.

Demikian tegas Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates.

Ketika ditanya AFP jika terdapat sebarang senario yang boleh menyebabkan acara yang sepatutnya bermula Julai ini boleh dibatalkan atau ditunda pada saat akhir, beliau menjawab: “Tidak, tidak ada.

“Perdana Menteri Jepun sudah menyatakan perkara itu kepada presiden Amerika Syarikat (AS) dua atau tiga minggu lalu dan beliau berterusan menyatakannya kepada IOC.

Kami bekerjasama dengan beliau (Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga) mengenai semua langkah keselamatan. Ia akan berterusan.

“Suga mengadakan perbincangan dengan Presiden AS, Joe Biden pada April lalu dan menekankan negara Asia sedang melakukan segala yang mungkin bagi membendung jangkitan COVID-19 dan mengadakan Sukan Olimpik yang selamat.

“Bagaimanapun, persoalan terus timbul mengenai keupayaan untuk mengadakan sukan itu berikutan wabak yang masih berterusan dan darurat disebabkan virus berkenaan di Tokyo serta bahagian lain di Jepun dilanjutkan sehingga Jumaat,” katanya.

Lapor AFP, Coates yang mengetuai Suruhanjaya Penyelarasan IOC bagi Sukan Olimpik Tokyo, berkata banyak kerja dan usaha sudah dilakukan bagi memastikan keselamatan atlet dan masyarakat awam di Jepun.

“Kami menghabiskan setengah tahun pertama pada tahun lalu bagi mengenal pasti senario kes terburuk.

“Kemudian, kami menghabiskan enam bulan berikutnya untuk melihat langkah pencegahan yang perlu, selain menerapkan langkah pencegahan berdasarkan jangkaan tiada vaksin supaya situasinya bertambah baik.

“Sukan ini akan diteruskan. Syarikat gergasi ubat AS, Pfizer dan rakannya di Jerman, BioNTech pada Khamis lalu mengumumkan perjanjian dengan IOC bagi menyediakan vaksin kepada atlet dan kakitangan pada temasya sukan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung tahunan Jawatankuasa Olimpik Australia.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply