Olimpik : Atlet pecut wanita negara pamer larian bertenaga dengan catatan masa 11.77 saat

0

Atlet pecut muda wanita negara mempamerkan larian yang bertenaga apabila berjaya menduduki tempat kedua dalam pusingan preliminary saringan dengan catatan masa 11.77 saat.

Ia sekaligus berjaya memperbaharui catatan masa terbaik peribadi beliau, kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican dalam satu kenyataan di Facebook.

Tambah Dato’ Seri Reezal dengan catatan masa 11.77 saat, Azreen juga layak ke pusingan pertama.

“Azreen juga layak ke pusingan pertama yang dijangka akan dijalankan pada jam 11.15 pagi waktu Malaysia. Good run Azreen”, katanya. –THE MALAYA POST

Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply