Nyanyian Yonny Boi cover lagu Shimmy padu teruk!

0

Penyanyi yang sedang meningkat naik, Yonny Boii memuat naik entri memaparkan dirinya sedang menyanyikan kembali (cover) lagu berentak reggae, Shimmy nyanyian asal dari Andi Bernadee.

“Terimalah shimmy versi yonnyboii hehehe terima kasih @andibernadee sebab mengeluarkan lagu sesedap madu ni dan juga tak lupa @alifgram sebab compose lagu powerrrrrrrre idola sungguh @andidearsofficial @yonnyboiilegacys” tulisnya.

Namun di sebalik video cover berkenaan, terdapat sesuatu didalam perkongsian video terbabit yang lebih mendapat perhatian!

Kelihatan stokin yang dipasang dan di sarungkan pada mikrofon lebih menarik perhatian para pengikutnya melebihi dari lagu cover nyanyiannya.

Rata-rata pengikutnya meninggalkan komen yang membina apabila Yonny Boii membawakan lagu berkenaan dengan cara dan gayanya yang tersendiri.

Malah Faizal Tahir juga meninggalkan komen, “Padu. Terox 🔥🔥🔥” serta pujian dari beberapa rakan selebriti.– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply