Noraini Ahmad letak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi

0

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa
serta-merta.

Menurut Datuk Seri Noraini, ia susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lalu dan sebagai Ketua Wanita UMNO, beliau akur dengan keputusan parti.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.

“Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia.

“Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan.

“Semoga Allah merahmati negara kita dan melindungi kita semua,” ucap beliau. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply