Nor Yahati Awang dilantik Ketua Pengarah Penyiaran baharu

1

Berkuat kuasa pada 1 Jan 2020, Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu telah disandang oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) Jabatan Penyiaran Nor Yahati Awang.

Jawatan itu bagi menggantikan Abdul Muis Shefii yang bersara wajib dan pengumuman perlantikan itu juga dilakukan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Nor Yahati (50 tahun) telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 24 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pembangunan Antarabangsa dari International University of Japan.

Sebelum ini beliau pernah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan dan Khazanah Nasional.

Sebelum berkhidmat di Bahagian Transformasi Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Nor Yahati menggalas tanggungjawab di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) .

Dalam pada itu, Gobind yang mewakili Kementerian Komunikasi dan Multimedia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada Abdul Muis atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Pengarah Penyiaran.

Leave a Reply