Nor Farhan Muhammad tubuh Akademi Bola Sepak

3

KUALA TERENGGANU 29 Ogos 2019 : Bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohd Nor Farhan Muhammad, 34 tahun yang kini menyarung jersi PDRM tekad menubuhkan akademi bola sepak untuk mencurahkan ilmu kepada pelapis muda.

Menamakannya sebagai Nor Farhan Football Academy, NFFA ditubuhkan pada Oktober 2018, memfokuskan teknik pengajaran profesional sukan bola sepak secara khusus.

Turut ditekankan sesi pengajaran teori sains sukan.

Perkara itu dikongsi Nor Farhan dalam temubual Eksklusif The Malaya Post siang tadi.

“Pada awalnya hasrat saya ingin turunkan ilmu dan pengalaman saya dalam sukan bola sepak kepada dua anak lelaki saya Adel Haqeem dan Adha Redza namun tak sangka pula ada anak-anak lain turut berminat untuk berguru dan berlatih bersama saya” kata Norfahan yang lebih dikenali sebagai Ben10.

Selain bekas penyerang pasukan Kelantan Nor Farhan, turut mengetuai barisan Jurulatih NFFA adalah bekas pemain bola sepak Terengganu dan penolong jurulatih Terengganu FC II (TFC II), Rashadi Wahab.

Bermula dengan 20 pelajar, kini NFFA telah mempunyai lebih 150 pelajar terdiri daripada anak-anak muda Terengganu berusia seawal 5 hingga 17 tahun.

“Atas permintaan dan minat ibu bapa lain NFFA telah diperkembangkan lagi dari Daerah Marang ke Kuala Terengganu, pendaftaran anak-anak oleh ibu bapa yang mahukan masa anak-anak diisi”

Untuk rekod, di awal penubuhannya sehinggalah kini, NFFA telah banyak membuat kerja-kerja amal di mana membuka ruang kepada anak-anak muda tempatan yang berminat dengan sukan bola sepak.

“Tumpuan adalah anak-anak muda berbakat namun ada anak didik NFFA yang sangat berbakat namun mereka kurang mampu jadi kami ambil mereka berlatih bersama kami tanpa mengenakan sebarang bayaran”.

Terbaru dua anak didik NFFA telah terpilih untuk mewakili negeri Terengganu MSSNT ke kejohanan di peringkat kebangsaan MSSM Jun lalu.

Yang pasti ia satu kemajuan yang membanggakan.

“Saya berasa bangga dengan kejayaan dan anak-anak didik NFFA di mana minggu lalu 2 org pelatih NFFA telah terpilih untuk mewakili negeri (MSSNT) ke peringkat kebangsaan (MSSM), ia berlaku sangat pantas dan saya gembira”.

Selain itu, pemain bola bola NFFA turut berjaya merangkul beberapa kemenangan pertandingan Bola Sepak dan Futsal.

Bulan lalu mereka memenangi tempat ke tiga kejohanan Futsal Padang Piala Gerbang Muhibbah Soccer Kids U12 Pahang Open 2019.

Kepada yang berminat untuk berdaftar dan menyertai NFFA, boleh hubungi Jurulatih Faizul Muhammad di talian tertera 014 825 5069

Yuran pendaftaran awal sebanyak RM130 dan bulanan RM35.

 

Leave a Reply