Nombor plat ‘fancy’ akan disaman

0

Pengubahasuaian nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan adalah menjadi satu kesalahan undang-undang.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan memaklumkan individu yang tidak mengikut ketetapan nombor pendaftaran di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 akan dikenakan hukuman denda.

Hal ini dipandang serius oleh JPJ kerana penggunaan nombor plat ‘fancy’ kini semakin berleluasa sehingga mengelirukan pihak berkuasa.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan kompaun di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM3,000.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply