Nilai kesihatan diri sendiri dan keluarga melalui aplikasi MySejahtera

0

Apakah MySejahtera dan bagaimana ianya berfungsi? Jom baca!

MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu menguruskan wabak COVID-19 di negara.

Aplikasi ini membolehkan pengguna melakukan penilaian kesihatan diri terhadap diri serta ahli keluarga.

Pengguna juga dapat memantau perkembangan kesihatan mereka sepanjang wabak COVID-19.

Dengan pengunaan MySejahtera, ia dapat memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) memantau keadaan kesihatan pengguna dan mengambil tindakan segera dalam menyediakan rawatan yang diperlukan.

Antara fungsi MySejahtera adalah:

1. Mengetahui risiko anda terhadap jangkitan COVID-19.

2. Melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa.

3. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID-19 di Malaysia dan dunia.

4. Mengetahui dan mencari hotspot COVID-19 di sekitar anda.

Marilah bersama kita membanteras penularan wabak COVID-19.

Sudahkah anda memuat turun aplikasi MySejahtera? Muat turun aplikasi ini sekarang pada link yang tertera.

IOS:
https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

Huawei:
https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603

Sudahkah anda memuat turun aplikasi mobil MySejahtera?Antara fungsi MySejahtera adalah:1. Mengetahui risiko anda…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 16 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply