Nicol dinobat Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

0

Bekas juara skuasy dunia, Datuk Nicol David dinobatkan sebagai Atlet Terunggul Sepanjang Zaman (World Games Greatest of All Time).

Gadis kelahiran Pulau Pinang yang berusia 37 tahun itu menerima penghormatan terbabit setelah memperolehi undian dalam talian terbanyak antara 10 atlet pilihan menerusi undian pemilihan yang dilakukan di seluruh dunia.

Nicol satu-satunya atlet Asia yang disenarai pendek untuk anugerah itu telah meraih 318,945 undi.

Manakala Atlet Tug perang James Kehoe dari Ireland memperoleh 113,120 undi sementara powerlifter Larysa Soloviova dari Ukraine memperoleh 80,790 undi.

Seramai 23 bekas atlet dan atlet sekarang yang mewakili sepanjang 40 tahun sukan dunia telah  disenaraikan untuk pemilihan di seluruh dunia.

Secara keseluruhan, 1,204,637 undi dikumpul semasa pengundian.

Untuk rekod, Nicol telah memenangi lapan gelaran dunia antara tahun 2005 hingga 2014 dan pernah berada di puncak ranking dunia skuasy wanita antara tahun 2006 dan 2015.

Beliau juga mengharumkan nama negara dengan memenangi 81 gelaran profesional.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply