Neymar dakwa timbul serangan rasis, lima kad merah dilayangkan pengadil

0

PSG memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan kekalahan di tangan musuh ketat, Marseille dalam aksi Le Classique.

Tanpa tujuh tonggak utama dalam perlawanan sebelum ini ketika tewas di tangan Lens, Thomas Tuchel tetap memiliki set pemain yang bagus dan kali ini beliau mengalu alukan kepulangan empat tonggak ‘regular’ ke pasukan terbabit.

Seperti yang dijangka, aksi kedua-dua pasukan sarat dengan insiden panas apabila bintang utama PSG, Neymar dibuang padang pada lewat aksi pertaruhan.

Skuad bimbingan Andre Villas Boas membalas kekalahan dengan 4 jaringan dalam aksi terakhir Le Classique pada musim lalu.

Perlawanan yang dihadiri penyokong dengan jumlah dihadkan, menyaksikan Florian Thauvin melakukan voli cantik pada minit ke-31 untuk menjadi pemisah sekaligus menjaringkan gol kemenangan Marseille.

Payet yang sebelum ini memperlekehkan PSG selepas kekalahan mereka di tangan Lens, berjaya menjaringkan gol dengan satu hantaran cantik.

Dalam pada itu, pengadil terpaksa melayangkan kad disiplin termasuk kad merah selepas insiden yang mengejutkan pada akhir perlawanan melibatkan pergaduhan di antara kedua-dua pihak mengakibatkan Neymar menjadi salah seorang pemain dibuang padang.

Manakala Leandro Paredes bertindak ganas terhadap rakan senegara dari Argentina, Dario Benedetto.

Layvin Kurzawa dan Jordan Amavi juga turut terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

Dalam insiden pergaduhan itu, Neymar mendakwa pemain Marseille melakukan serangan rasis terhadapnya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply