Netizen terpegun kecantikan Cik B apabila mengenakan solekan, komen pujian peminat bertuah terpilih memiliki iPhone 11

0

Siapa sangka anak pengasas kosmetik, Lavida Beauty iaitu Nur Edlynn Zamileen atau lebih dikenali sebagai Cik B tampil bergaya dengan solekan di wajahnya.

Umum mengetahui, anak perempuan tunggal kepada jutawan kosmetik terkenal, Dato Sri Vida tidak suka mengenakan sebarang solekan dan lebih senang berimej ringkas dan sederhana.

Namun, baru-baru ini Cik B telah memuatnaik gambarnya bersama penyanyi terkenal, Naim Daniel dan seorang Youtuber yang dikenali sebagai Cupcake Aishah dan mereka bertiga telah terpilih menghiasi muka hadapan majalah Remaja.

View this post on Instagram

😂🙏🏻💖

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ®🥭 (@cikb_havoc66) on

Lebih mengejutkan warganet apabila penampilan Cik B yang dilihat amat berbeza dan feminin kontra dengan imej sehariannya yang hanya berbaju kasual t-shirt dan sweater.

Di ruangan komen, para pengikut di laman Instagramnya memberi komen positif tentang penampilannya.

Malah dengan bermurah hati, Cik B meminta salah seorang peminatnya yang terpilih untuk DM (Direct Message) kerana mahu memberikan sebuah telefon bimbit iPhone keluaran terbaru, iPhone 11.

Wow!!!Bertuahnya…

Leave a Reply