Bagi anak main kek harijadi, netizen tegur Amyra Rosli membazir

0

Pelakon cantik Amyra Rosli dan suami meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua mereka Ayra Aryssa yang menginjak usia setahun.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagramnya, Amyra sekeluarga mengadakan sambutan hari jadi anak perempuannya di rumah bertepatan dengan situasi #newNormal sekarang.

Cantik tampil sedondon dengan tema merah jambu, perhiasan belon dan kek juga dari warna yang sama.

Kelihatannya kek merah jambu itu terjatuh dari kedudukan asal dan menyebabkan pakaian serta badan mereka comot akibat terkena krim kek itu.

Seperti biasa, perkongsian manis isteri kepada pelakon Amar Baharin ini menerima ribuan tanda suka dari para pengikutnya, malah rakan artis turut meninggalkan komen buat mereka sekeluarga.

Namun, terdapat komentar yang menegur dan bertanya mengapa perkongsian foto itu seolah-olah ‘mempermainkan’ makanan dan berlaku pembaziran.

Menurut netizen, anak-anak perlu dididik sejak kecil untuk belajar menghargai rezeki.


Tambahan dalam keadaan sekarang, bukan semua mampu menyediakan menu dan raikan sambutan hari istimewa dan perkongsian itu tidak sesuai dengan masa sekarang.

Hmmm… Cuba la kita berfikiran positif. Mungkin kek itu terjatuh dan terkena pada tangan dan pakaian mereka tanpa sengaja. Bersangka baiklah ye 😇

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

https://www.youtube.com/c/TheMalayaPost

 

Leave a Reply