Netizen puji kecomelan Nabila bergambar bersama Husky

0

Perkongsian foto yang dimuat naik oleh pelakon Nabila Huda bersama seekor anjing dari baka Husky dengan kapsyen yang seolah-olah ‘memerli’ netizen telah mencuri perhatian warganet serta rakan selebriti.

Menurut Nabila, dia sengaja menulis kapsyen berkenaan yang dituju khas buat segelintir golongan yang suka mengecam manusia lain tanpa usul periksa dan mudah menjatuhkan hukuman dengan terburu-buru.

Namun berbeza dari sebelumnya, kapsyen berbaur jenaka sinis disambut dengan pujian dan warganet menyatakan kecomelan Nabila berswafoto bersama anjing.

Kini pelakon berbakat besar ini sedang bercuti bersama ahli keluarganya di New Zealand sejak 16 Oktober yang lalu.

Melalui perkongsian satu video Nabila memaklumkan dia dan keluarga akan mengembara mengelilingi negara terbabit sejauh kira-kira 2500km dengan menggunakan perkhidmatan caravan yang disediakan oleh agensi pelancongan.

Nabila turut berkongsi pengalaman serta foto-foto menarik disetiap destinasi yang dituju di laman media sosial untuk tatapan para pengikutnya.

View this post on Instagram

Anak dan makanan memang tak dapat Dipisahkan…

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

View this post on Instagram

Picnic πŸ˜‹

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Leave a Reply