Netizen petik nama pelakon Nur Risteena sebagai bakal isteri Isa Khan

0

Pelakon dan penyanyi, Isa Khan berkongsi satu gambar bersama teman wanita tanpa menunjukkan wajah dan memberi gambaran bakal berkahwin tidak lama lagi.

Dengan luahan perasaan kasih dan sayang, dia menulis, “Sayang, kamu tlah muncul dalam hidup aku pada saat aku ga punya siapapun. Kamu tlah memberi segala arti dan semangat yang baharu dalam hidup aku. Kamu tlah menerima dan mempercayakan aku walaupun banyak manusia jahat coba untuk meracuni pikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku. Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku berasa udah sangat kenal sama kamu. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang. Aku janji sama kamu, aku akan menjadikan kamu wanita yang paling bahagia di dunia ini. Aku akan menjaga kamu, melindungi kamu, menyayangi kamu sepenuh hati dan sepanjang hidup aku. Aku cuman mau kamu tahu bahwa kamu adalah hal yang terindah dan kamu adalah bagian terbesar dalam hidup aku sekarang. InsyaAllah.. Tuhan tlah kirim kamu ke dalam hidup aku sebagai jodoh aku. Terima kasih karna tlah mencintai aku dengan setulus hati kamu, aku ga akan kecewakan kamu”.

Dalam pada itu, Isa Khan juga memohon maaf kepada warga media dan rakan-rakan kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan tentang si empunya diri buat masa ini.

Dia juga meminta warganet dan rakan media mendoakan supaya urusannya dan pasangan dipermudahkan.

Perkongsian berakhir dengan hashtag “countingdays????” mendapat reaksi positif dan netizen mula meneka siapakan gerangan wanita yang bakal disunting menjadi pasangan hidup pelakon yang popular menerusi drama komedi Bimbi dan Bonni Misi 007.

Nampaknya Isa Khan sudahpun memberi ‘hint’ akan menamatkan zaman bujangnya dan netizen pula mula berspekulasi wanita di dalam gambar berkenaan.

View this post on Instagram

Sayang, kamu tlah muncul dalam hidup aku pada saat aku ga punya siapapun. Kamu tlah memberi segala arti dan semangat yang baharu dalam hidup aku. Kamu tlah menerima dan mempercayakan aku walaupun banyak manusia jahat coba untuk meracuni pikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku. Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku berasa udah sangat kenal sama kamu. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang. Aku janji sama kamu, aku akan menjadikan kamu wanita yang paling bahagia di dunia ini. Aku akan menjaga kamu, melindungi kamu, menyayangi kamu sepenuh hati dan sepanjang hidup aku. Aku cuman mau kamu tahu bahwa kamu adalah hal yang terindah dan kamu adalah bagian terbesar dalam hidup aku sekarang. InsyaAllah.. Tuhan tlah kirim kamu ke dalam hidup aku sebagai jodoh aku. Terima kasih karna tlah mencintai aku dengan setulus hati kamu, aku ga akan kecewakan kamu. Kepada sahabat” media, minta maaf aku belum bisa kasih apa” penyataan untuk sekarang. Minta doa dari kalian moga semuanya di permudahkan buat aku dan dia. Assalamualaikum. #countingdays💍

A post shared by ᴄᴏɴᴛʀᴀ ᴇʟ ᴍᴜɴᴅᴏ ™ (@theisakhan) on

Ada yang membuat andaian wanita berkenaan adalah pelakon Nur Risteena Munin yang sebelum ini turut mendedahkan akan mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.

Kedua-dua pelakon ini pernah digandingkan bersama menerusi drama bersiri, Bulan di Kota Langit.

Hubungannya mula diperkatakan apabila Nur Risteena memuat naik foto bersama Isa Khan dan kakaknya, Farali Khan dengan menulis ‘Family’.

Leave a Reply