Netizen pertahan akaun palsu Dato’ Seri Ahmad Said

0

Kelmarin, mantan Menteri Besar Kuala Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said meluahkan rasa kecewanya kerana terdapat individu yang menggunakan nama dan identiti dirinya di laman Facebook.

Menurut beliau, semua perkongsian yang sempat di screenshot merupakan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya.

Beliau turut meminta pemilik akaun berkenaan tidak lagi menggunakan namanya sebaliknya menggunakan nama sendiri sahaja.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa akan mengambil tindakan undang undang terhadap individu berkenaan.

ADALAH DINYATAKAN BAHAWA SEMUA POSTING INI DIAMBIL DARI FB FAKE YANG MENGGUNAKAN NAMA SAYA. SAYA MINTA PEMILIK AKAUN…

Dikirim oleh Ahmad Said pada Rabu, 18 Maret 2020

Namun berbeza pula penerimaan rakyat Terengganu kerana mereka telah pun mengetahui akaun terbabit bukanlah akaun rasmi Dato’ Seri Ahmad Said kerana dari awal lagi pemilik akaun berkenaan sudah memaklumkan akaun itu hanyalah rekaan semata-mata.

Tidak kurang juga yang mempertahankan pemilik akaun berkenaan dan terhibur dengan setiap perkongsia serta telatah yang dimuat naik, ditambah pada setiap ayat yang ditulis menggunakan bahasa Terengganu yang melucukan.

Ada juga yang memuji pemilik akaun terbabit dan berpendapat pemilik akaun berkenaan memartabatkan bahasa dan lenggok bahasa negeri Terengganu.

Nampaknya Dato’ Seri Ahmad Said telah mempunyai ramai peminat dari dalam dan luar negeri Terengganu dan sokongan yang tidak putus hasil dari gurauan nakal akaun terbabit secara tidak langsung.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply