Netizen menyamakan turban seperti susu pisang Neelofa, Aina Abdul dikatakan menjadi mangsa fesyen

0

Setiap perincian diri mahupun penampilan seseorang yang bergelar ‘public figure’ pastinya menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini pereka fesyen terkenal negara, Calvin Thoo memuatnaik satu entri di laman Facebook miliknya mengenai penampilan penyanyi yang sedang meningkat naik, Aina Abdul.

Romyzah Mohd Saaid .. look at the tudung .. another ‘back to front ‘ style .. or am i old fashion ?? Haha

Dikirim oleh Calvin Thoo pada Jumat, 31 Januari 2020

Calvin Thoo menulis, “Romyzah Mohd Saaid .. look at the tudung .. another ‘back to front ‘ style .. or am i old fashion ?? Haha”, tulis Calvin Thoo bersama sekeping gambar Aina Abdul.

Kemudian perkongsiannya itu mendapat respon dari rakannya dengan komen, “Kan I dah cakap ..it’s a trend now ,you aja yg tk percaya ????”.

Penampilan penyanyi Aina Abdul yang popular dengan lagu Sumpah tampil mengenakan turban dan berbusana serba kuning turut menjadi topik perbualan di kalangan netizen.

Ramai mempertikaikan fesyen turban yang dipakai oleh penyanyi berkenaan yang kelihatan agak aneh dengan tudung diikat berjuntaian di bahagian hadapan.

Disebabkan perkara terbabit, Aina Abdul dikatakan menjadi mangsa fesyen oleh warganet.

Malah ada juga yang menyamakan turban yang dipakai oleh Aina Abdul seperti susu pisang Neelofa dan juga pisang goreng.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply