Netizen kritik Uqasha Senrose berlaga pipi dengan adik ipar

0

Perkongsian video Uqasha Senrose di Instagram memperlihatkan pelakon berkenaan bersalaman dan berlaga pipi dengan suami adiknya, pelakon Nelydia Senrose tidak disenangi dan mengundang kritikan netizen.

View this post on Instagram

Ape itu usha 😂 #uqashasenrose

A post shared by Uqasha Senrose (@uqashamiming) on

Tindakan Uqasha mencium tangan adik iparnya telah dipertikai oleh salah seorang netizen yang mengatakan pelakon kelahiran Kelantan itu gagal memahami tentang adab dan hukum bersalam sesama ipar duai.

Netizen memberikan komen perbuatan peluk cium sedemikian tidak sepatutnya dipraktikkan terutamanya jika melibatkan ipar lelaki.

Sehubungan itu, segelintir netizen menyatakan riak muka Nelydia Senrose dalam video berkenaan kelihatan kurang selesa dengan tindakan Uqasha.

Namun netizen juga mendakwa mungkin cara pergaulan seperti itu sudah terbiasa dengan gaya hidup “urban” Uqasha dan adik beradiknya yang lain.

Semoga kritikan dan nasihat yang diberikan oleh para pengikutnya boleh dijadikan iktibar dan selepas ini Uqasha akan lebih berhati-hati memuat naik video yang sudah tentu ditonton ramai.

 

 

 

 

 

Leave a Reply