Negeri Cantik, Budaya Menarik. Jom, kenal Terengganu!

0

“Negeri cantik budaya menarik”, itulah kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan sebuah negeri yang terletak di pantai timur, Terengganu Darul Iman.

Kuala Terengganu terkenal dengan produk kraf tangannya yang bermutu tinggi serta menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia terutama dalam bidang tenunan Songket, Batik, ukiran tembaga dan kayu.

Selain itu, ia juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti tarian Ulek Mayang, Tarian Rodat, Tarian Saba, Tarian Balai, Tarian Gayung Otar-Otar, permainan Gasing dan Wau.

Penduduk Kuala Terengganu terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang yang menerima tempahan dari serata pelosok dunia.

Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hingga sekarang termasuklah di Kampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa.

Pantai dan Pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti Pulau Bidong, Pulau Duyung, Pantai Batu Burok, Pantai Teluk Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama dari dalam dan luar negara.

Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Taman Tamadun Islam, Kampung Cina (Kuala Terengganu Chinatown), Pasar Payang, Istana Maziah, Muzium Negeri Terengganu, Pantai Batu Burok, Pulau Duyong, Masjid Kristal, Bazaar Warisan, Payang Walk, Bukit Puteri, Kuala Terengganu Waterfront, Pulau Warisan, Terengganu Drawbridge dan Kompleks Kraf Noor Arfa.

Kuala Terengganu kini semakin mendapat tempat di mata dunia di mana pelbagai kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa diadakan di bandaraya Kuala Terengganu.

Antaranya ialah Piala Monsun Terengganu, Sultan’s Cup Endurance Ride, Kenyir Lake Challenges, dan FEI World Endurance Championship.

Sungguh menarik sekali tarikan-tarikan yang ditawarkan oleh negeri Terengganu dengan keunikan alam semula jadinya, budaya, sejarah, makanan tradisional serta tarikan terbaru ketika ini iaitu Terengganu Drawbridge atau jambatan angkat yang menjadi mercu tanda ikonik baharu di Terengganu.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply