Neelofa sah isteri PU Riz, tahniah !

0

Dengan sekali lafaz, usahawan dan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail, 26, atau PU Riz.

Ia disempurnakan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor selaku wali tepat pada pukul 11.43 pagi tadi di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Memetik laporan media, pada majlis serba putih itu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin daripada Haris dalam bentuk sebentuk cincin.


“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.

“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, Insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.


Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply