Neelofa dirisik PU Riz

0

Figura kesayangan ramai yang kini berniqab, Neelofa dikhabarkan menerima kunjungan merisik keluarga PU Riz hari ini.

Memetik laporan Astro AWANI, majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pasangan berkenaan bertempat di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail.

Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa telah menerima sebentuk cincin sebagai tanda sudah disunting.

Keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran. Mereka difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Sebenarnya, hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, telah dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Bagaimanapun kedua-dua empunya badan tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.

Untuk rekod, PU Riz merupakan salah seorang peserta program televisyen berbentuk Islamik ‘Pencetus Ummah’ pada tahun 2016. Beliau bergerak sebagai pendakwah bebas dan kini bergelar pelakon. Terbaru, PU Riz sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa.

Kita doakan yang baik-baik sahaja ya????????

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply