Nazim Othman sering berkongsi bakat nyanyian bersama peminatnya

0

Nazim Othman bukan sahaja memiliki rupa paras yang tampan dan berbakat sebagai seorang pelakon malah siapa sangka jejaka ini turut boleh menyanyi dengan baik.

Berkongsi satu video di laman Instagramnya, Nazim Othman sempat berceloteh mengenai kemuncak kemeriahan Anugerah Juara Lagu yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

“Dengar cerita kat bumi semalam ada #ajl34 ? Kat kayangan pulak ada konsert . I perform 100 lagu, baju jangan cakap la… dah macam fashion show tau. 🤓” tulis pelakon terbabit.

Para peminatnya mula berteka teki adakah Nazim juga terlibat di pentas AJL ke-34 kerana di dalam perkongsian videonya itu memperlihatkan kelibat penyanyi popular, Hael Husaini.

Namun, rupa-rupanya video berkenaan hanyalah sebuah perkongsian video lama ketika Nazim Othman menyertai Gempak Superstar pada tahun 2016.

Selain mempromosikan drama lakonannya, Nazim Othman juga sering berkongsi video nyanyian di laman Instagram miliknya. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply