Nasihat Haniff Khatri kepada puak Pro-98 Reformasi Pulau Pinang

0

Susulan kenyataan media puak Pro-98 Reformasi Pulau Pinang yang menggesa Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla ‘berambus’ dari PERDA.

Hari ini, Tuan Haniff Khatri sekali lagi memberi kenyataan balas terhadap puak penyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini.

Beliau menyarankan kepada mereka berkenaan untuk menulis terus secara rasmi kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk memajukan aduan untuk beliau membuat keputusan lanjut.

Sehingga itu, beliau akan tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengerusi PERDA.

“Sebagai penutup dan sebagai nasihat percuma kepada mereka yang tidak puas hati dengan Kenyataan Media Rasmi saya, anda disarankan untuk menulis terus secara rasmi kepada YB Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk memajukan aduan anda untuk beliau membuat keputusan lanjut

Sehingga itu, saya akan tetap melaksanakan tanggungjawab saya sebagai Pengerusi PERDA samada sehingga lantikan saya ditamatkan oleh pihak YB Menteri Pembangunan Luar Bandar ataupun sehingga saya sendiri membuat keputusan untuk berhenti dari memegang jawatan ini sekiranya saya percaya bahawa saya telah pun selesai melaksanakan amanah dan tanggungjawab lantikan saya sebagai Pengerusi PERDA, ataupun sehingga kedatangan ajal saya, tertakluk kepada yang mana terdahulu,” katanya kepada The Malaya Post.

Hari ini Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Rina Harun juga telah menyatakan pendirian beliau berkaitan isu ini.

Katanya Tuan Haniff Khatri Abdulla tidak perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hanya kerana menjadi peguam kepada bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther.

Tegasnya kedudukan Tuan Haniff Khatri sebagai pengerusi agensi di bawah kementeriannya itu tidak terjejas kerana beliau berhak untuk terus berkhidmat sebagai peguam.

“Sebagai Pengerusi PERDA, beliau tidak dihalang menjalankan tugas hakikinya sebagai peguam.

Beliau memang peguam. Asalkan dia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab (sebagai Pengerusi PERDA) dengan baik, kedudukan tidak terjejas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan Media Kementerian Pembangunan Luar Bandar siang tadi.

Leave a Reply