Nasi Tujuh Benua : Wira Negara Qobin abadikan kenangan takluki Puncak Tertinggi 7 Benua pada menu restoran milik beliau

0
Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin di hadapan Restoran Q Noddle & Grill milik beliau

Penjelajah Negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin bukan nama asing dikalangan peminat sukan “outdoor”.

Berusia 37 tahun, beliau sebelum ini telah berjaya menempa sejarah sebagai penjelajah “Grand Slam Explorer” Dunia, pertama dari Malaysia, dan individu ke-60 tersenarai di dunia, selepas menamatkan misi akhirnya ke Titik Darjah Kutub Selatan pada Disember 2017.

Diberi sambutan Wira Negara selepas di nobat Grand Slam Explorer pada Januari 2018

Selepas berjaya menakluki Gunung Everest pada 2004, Qobin meneruskan misi menakluki tujuh puncak tertinggi di tujuh benua pada 2010 selepas menakluki Gunung Kilimanjaro, Tanzania di Afrika, diikuti Gunung Vinson Massif di Antartika, Gunung Mckinley Amerika di Amerika Utara dan Gunung Kosciousko, Australia masing-masing pada 2011.

Qobin(kanan) semasa di puncak Gunung Everest pada 2004

Pada 2012, beliau berjaya menawan Gunung Elbrus, Rusia di Benua Eropah dan terakhir di Gunung Carstensz Pyramid, Australasia pada 2014.

Qobin menawan Titik 90 Darjah Kutub Selatan pada Disember 2017, dan seterusnya melayakan beliau mendapat Grand Slam Explorer Dunia

Selain aktif dengan dunia sukan “outdoor”, Qobin juga aktif dalam dunia politik dan minat dalam perniagaan terutama bidang perniagaan makanan. Antara peniagaan beliau yang popular kini adalah Restoran Q Noodle & Grill yang terletak di Terminal IKS Pantai Dalam, Bangsar Kuala Lumpur.

Suasana di hadapan Q Noddle & Bistro. Penuh dengan pelanggan

Arahan penutupan restoran beliau oleh DBKL di lokasi berdekatan sebelum ini gara-gara laporan oleh seorang wakil rakyat kawasan berkenaan tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan perniagaan, dengan mencari lokasi baharu untuk beroperasi.

Wartawan The Malaya Post sempat mengunjungi restoran beliau baru-baru ini. Ternyata, menu dan makanan dijual amat sedap, unik dan tidak mengecewakan.

Ayam Panggang

Uniknya Restoran Q Noodle & Grill ini, ia mengabungkan menu makanan dari Malaysia, Thai dan Korea. Yang pasti, harganya pun berpatutan.

Nasi Ayam Panggang 7 Benua

Nasi 7 Benua, di ilhamkan sempena beliau telah menakluki Puncak Tertinggi 7 benua, ia antara menu yang popular di sini. Nasi yang berkonsep seakan nasi hujan panas ini di hidang bersama ayam panggang, itik panggang atau kambing panggang.

Korean Oden

Selain itu, Q Thai Noodle, Korean Oden, Sup Ekor dan juga Teh Ais Madu Buih juga antara menu popular diminati pelanggan di sini.

Thai Q Royal Tea (Teh Ais Madu Berbuih)

Dengan tagline ‘Sekali Makan, Pasti Repeatsssss’, tenyata setelah kami menikmati hidangan, sudah pasti kami akan kembali ke restoran ini semula.

Kami, dari The Malaysia Post ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Wira Negara ini. Semoga, beliau dapat mengharumkan lagi nama Malaysia di mata dunia, dan berjaya dalam setiap bidang yang beliau ceburi.

Google Maps Generator by embedgooglemap.net

Leave a Reply