Nasi, gula dan minyak tidak bersalah, Dr. Say Shazril dedah cara kurus dengan sihat dan seimbang

0

Pengacara rancangan Tanya Doktor, Dr. Say Shazril mendedahkan ‘mitos’ pemahaman sesetengah pihak yang mengatakan pengambilan nasi, gula dan minyak dalam pemakanan seharian penyebab utama kenaikan berat badan.

Menurut Dr. Say yang terkenal dengan ketampanan dan memiliki badan ‘sado’ berkata tiga jenis makanan terbabit bukan punca kenaikan berat badan namun cara pengambilan menentukan keadaan sekaligus menyumbang kepada tahap kesihatan badan seseorang.

Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, Dr. Say menulis,

JOM CANTIK & SIHAT

# TIPS PAKAR

Nak kurus?
Jangan ambil nasi, gula & minyak.
MENGARUT!

Hmmmm… Siapa kata kalau nak kurus, perlu jauhi pengambilan nasi, gula & minyak?

Soalan pertama : BOLEH KE ?
Sepanjang hayat tak sentuh makanan ni, demi bentuk badan idaman?

Soalan kedua : BENARKAH?

Menurut pengacara rancangan TV Tanya Doktor, Dr Say Shazril :

“Tak bersalah langsung pun nasi, gula & minyak tu. Yang bersalah ialah apabila korang ambil MELEBIHI KEPERLUAN harian badan.

Nasi & gula adalah karbohidrat yang merupakan sumber utama untuk menjana tenaga supaya otak & organ lain boleh berfungsi dengan baik.

Minyak yang baik ialah lemak tak tepu yang penting untuk jana tenaga, melindungi organ, hasilkan hormon, bantu penyerapan vitamin dll.”

View this post on Instagram

Topic : Nak Kurus? Jangan Amik Nasi, Gula & Minyak. MENGARUT! Biase dgr larangan atas ni kalau korg nk kuruskan badan? Maka korg pun tadah melolong tanpa mempersoalkan kenapa. Meh sy tanya balik, korg rasa korg boleh tahan tak, hidup tanpa nasi, gula & minyak selama2nya? Kalau boleh mai dm nama sy bagi gula sepaket free. Tak bersalah langsung pun nasi, gula mahupun minyak tu. Yang bersalah skang adalah bile korg amik nasi, gula & minyak MELEBIHI KEPERLUAN HARIAN BADAN. Nasi & gula adalah karbohidrat yg merupakan sumber utama tuk menjana tenaga spy otak & organ lain bley berfungsi dgn baik. Minyak yg baik adalah lemak tak tepu yg penting tuk jana tenaga, melindungi organ, hasilkan hormon, bantu penyerapan vitamin & bnyk lg. Mcm mane nk tau keperluan harian badan? Bley google je “daily calorie requirement” tp kalau korg jenis nk mudah mcm sy yg xpernah kira calorie sepanjang hidup, ikut ja saranan @kementeriankesihatanmalaysia #sukusukuseparuh yakni suku nasi, suku lauk & separuh sayur2an+buah2an. Nk kurus pun biarlah sihat & seronok. Pantang itu ini mau jd mcm sy suatu masa dahulu yakni “KOYAK aka MEROYAN”. Seronok raseny sb lama dh sy xshare tips kesihatan. #schoolingbysay is backkk

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Jadi, kepada anda, sebenarnya tak salah pun mengambil makanan di atas, tetapi pada kadar yang diperlukan saja.
Sebagai rujukan, sila ikuti @kementeriankesihatanmalaysia, #sukusukuseparuh dan Google: daily calorie requirement

Hmm… Nak kurus pun biarlah sihat dan seronok 😄

Perkongsian di entri media sosialnya itu ternyata menarik minat para pengikutnya untuk lebih memahami fakta diet secara sihat dan seimbang.

Dr. Say Shazril muncul di dalam rancangan Tanya Doktor yang bersiaran di saluran Astro Ria dan digandingkan bersama pelakon serta hos popular, Lisa Surihani.–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply