“Nak kata corner baring bukan , corner maut pun bukan, ini corner redha” antara komen lucu netizen terhadap aksi kanak-kanak perempuan berbasikal roda empat

0

Reaksi spontan seorang kanak-kanak perempuan menunggang basikal beroda empat sambil memakai helmet telah mencuri perhatian warganet.

Video yang berdurasi 0.09 saat itu, dimuatnaik di laman Twitter milik Al Badri.

Perkongsian video berkenaan memperlihatkan seorang kanak-kanak perempuan memakai helmet lebih besar dari kepalanya, duduk di bahagian belakang  basikal sambil memakai kasut bertumit tinggi bersaiz besar, meluncur laju menyebabkan basikalnya terbalik.

“Throwback iklan keselamatan paling  berkesan. Jangan corner baring kalau helmet berat.”tulis Al Badri bersama video berkenaan.

Pada mulanya masih terdengar suara ketawa namun tidak lama kemudian suara ketawa itu bertukar hiba dengan tangisan kanak-kanak berkenaan.

Di ruangan komen, warga Twitter terhibur dengan aksi tidak langsung terbabit dan mengundang komen lucu netizen.

Setakat ini video terbabit telah mendapat 5.7 juta tontonan, 26,000 retweet dan lebih 16,000 tanda suka.

Leave a Reply