Nak diet ganti nasi dengan Bihun?

0

“Hari ni saya nak makan bihun sup la, sebab nak diet”.

“Pagi ni makan bihun goreng Singapore, makan tengahari pekena bihun sup, malam pula bihun goreng hailam”.

Pasti anda pernah mendengar kata-kata berikut terutama sekali daripada mereka yang sedang diet atau mengawal berat badan.

Benarkah persepsi makan bihun tu boleh kurus? Mengapa anda berfikiran sedemikian? Ini antara alasan popular kenapa bihun menjadi pilihan individu yang nak diet.

  •  Bihun nampak lebih ringan dibandingkan dengan nasi. Jadi wujud pendapat kalori pun nampak ringan.
  • Makan bihun tidak kenyang macam makan nasi. Jadi lebih mudah untuk turun berat bila makan tidak kenyang.
  • Bihun nampak lebih sihat dari nasi.

Menurut carta perbandingan kalori dan penggunaan tenaga oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, kandungan kalori bihun adalah sama dengan nasi putih.

Menurut laporan sama, kadang-kadang ia menjadi lebih ‘berat’ dari nasi kerana kita akan ambil lebih ‘portion’ untuk rasa kenyang.

Kaedah memasak seperti sup atau goreng juga memberi kesan.

Tidak pernah pula kita dengar makan bihun kosong dengan lauk macam makan nasi kosong dengan lauk.

Kesannya, kuantiti pengambilan akan bertambah manakala kualiti pula berkurang terutama apabila digoreng.

Pakar berpendapat lebih baik makan nasi dengan kadar sesuai berbanding bihun goreng atau bihun sup yang jelas lebih karbohidrat dan minyak jika tidak dikawal.

Paling penting, pilih kaedah masakan sihat dan kuantiti sesuai dengan BMI anda.

Berikut adalah Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan.

Semoga bermanfaat.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply