Menconteng muka seperti ‘Joker’, Naim Daniel luah kekesalan

0

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel dahulunya dipandang sepi namun selepas kejayaan dua lagu bergenre pop iaitu ‘Sekali Lagi’ dan ‘Sempurna’, dia tekad mengorak langkah.

Buktinya, penghasilan single lagu yang berjudul ‘Sumpah’.

Lagu berkenaan telah berjaya menambat hati pendengar sekaligus memberi impak positif terhadap kariernya.

Pun begitu, dalam kemaskini status terbaru di laman Instagramnya, Naim seolah-olah memberi bayangan kekecewaannya terhadap lapangan seni hiburan tanah air.

Dengan menulis “Nasib awaklah, penghibur. Awak ada masalah sebelum show, orang tak peduli. Orang cuma tahu nak berhibur. Kalau awak terlepas pandang sorang peminat, dibilangnya angkuh. Awak tak boleh buat silap ya. Jangan sekali. Sebab orang akan lupa segala satu benda manis yang pernah awak kerjakan. Kalau ada rezeki lebih, siap kena kecam di laman sosial”, luah Naim Daniel.

View this post on Instagram

Nasib awaklah, penghibur. Awak ada masalah sebelum show, orang tak peduli. Orang cuma tahu nak berhibur. Kalau awak terlepas pandang sorang peminat, dibilangnya angkuh. Awak tak boleh buat silap ya. Jangan sekali. Sebab orang akan lupa segala satu benda manis yang pernah awak kerjakan. Kalau ada rezeki lebih, siap kena kecam di laman sosial. Nasib awaklah, penghibur. Pekerjaan awak ini mungkin nombor 900 yang penting di dunia, kalau boleh lagi murah rate awak, lagi orang nak. Lagi kesian bila orang tanya “Main alat muzik/menyanyi je pun takkanlah mahal?” Padahal mereka lupa, selain beruang, manusia juga perlu cari makan. Kita masih perlu membayar segala bil dan belanja. Tapi yalah, awak penghibur, mana logik bayar mengikut kemahiran awak kan? Nasib awaklah, penghibur. Orang beranggapan awak kalis makian, memang menjadi bahan punching bag mulut masyarakat, sampaikan makan minum, bangun tidur awak pun sering terfikir apa orang akan kata. Nasib awaklah, penghibur. Tika awak leka menghibur, hati awak yang terkubur. Nasib awaklah, penghibur.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Tambahnya lagi, bayaran persembahan nyanyian juga tak la seberapa jika dibandingkan dengan kerjaya yang lain.

“Lagi kesian bila orang tanya “Main alat muzik/menyanyi je pun takkanlah mahal?” Padahal mereka lupa, selain beruang, manusia juga perlu cari makan. Kita masih perlu membayar segala bil dan belanja. Tapi yalah, awak penghibur, mana logik bayar mengikut kemahiran awak kan?”ujar Naim lagi.

Menurutnya lagi, masyarakat seringkali beranggapan menjadi artis dan selebriti perlu kalis makian dan adakalanya menjadi ‘punching bag’ masyarakat.

“Nasib awaklah, penghibur. Tika awak leka menghibur, hati awak yang terkubur. Nasib awaklah, penghibur.” tulis Naim mengakhiri entrinya.

Rakan-rakan artis yang membaca luahan hati Naim Daniel turut bersetuju dan menyokong dengan apa yang ditulis pelakon versatile yang popular dengan drama bersiri, Pia.

Tidak kurang juga warganet yang mengusik dan meninggalkan komen nakal mengatakan “joker adalah Naim yang tersakiti”.

Hmmm…Sempat je netizen ni mengusik dan bergurau.

Kami di The Malaya Post mendoakan kejayaan anda !

Leave a Reply