Naim Daniel kemalangan ketika perjalanan ke tempat kerja

0

Pelakon berbakat besar, Naim Daniel yang berkongsi foto keretanya remuk di laman media sosial Instagramnya sebentar tadi.

Naim yang juga penyanyi lagu Sumpah dan Sembah ini juga memberitahu kemalangan yang dialaminya berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi.

Melalui perkongsiannya Naim Daniel menulis;

“Nak bertolak pergi kerja pagi tadi.Alhamdulillah Allah bagi rezeki❤️.”

Dilaporkan Naim tidak mengalami kecederaan serius, namun bahagian rahangnya terkehel.

Semoga semuanya baik-baik sahaja ya Naim Daniel. Kepada pengguna jalan raya yang lain, berhati-hati selalu ya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply