Nabila Huda minta PU Syed bersikap ‘gentleman’, buat teguran dan nasihat secara berdepan

0

Nampaknya masih ada pertikaian berhubung sekeping gambar yang dimuat naik pelakon Nabilla Huda bersama anjing baka Husky yang tular di laman media sosial dan mendapat teguran terbuka dari Pencetus Ummah Syed,

Hari ini, Nabilla Huda sekali lagi berkongsi video di IGTV miliknya, dan menurut Nabila, dia menerima banyak informasi berkenaan teguran berkenaan.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat oleh PU Syed seolah-olah mendakwa selebriti tanahair sering membawa masalah.

Tambahnya lagi, ketika dia memeluk anjing berkenaan, Nabila dalam keadaan kering dan tetap melakukan samak.

Menurutnya lagi, Instagram berkenaan miliknya dan dia mempunyai hak untuk memuatnaik apa sahaja dan tujuannya memuatnaik gambar bersama Husky adalah untuk berkongsi pengalaman percutian untuk tatapan para pengikutnya.

Katanya, tindakan PU Syed itu juga penyebab timbulnya fitnah kerana dengan kenyataan dari PU Syed itu telah membuatkan warganet meninggalkan komen yang berbaur hinaan dan kutukan.

Nabila juga meminta PU Syed supaya lebih bersikap ‘gentleman’ untuk berjumpa dengannya di kedai milik pelakon berkenaan jika ingin menasihati atau membuat teguran.

Semoga perselisihan faham antara Nabila dan PU Syed boleh diselesaikan dengan baik.

Leave a Reply