Nabila Huda harap Puteri Balqis tidak mensia-siakan bakat yang ada, mohon orang ramai beri semangat untuk bangkit semula

0

KUALA LUMPUR: Nabila Huda berharap orang ramai terus memberi kata-kata semangat kepada Puteri Balqis untuk bangkit selepas diuji dengan penyakit berkaitan jantung dua tahun lalu.

Nabila Huda sekali lagi bersuara untuk mempertahankan dan memberikan kata- kata semangat untuk pelakon cilik yang sangat berbakat, Puteri Balqis.

Nabila berkata, Balqis sangat berbakat dan skill lakonan remaja berusia 13 itu, jarang ditemui di kalangan kelompok seusianya.

Menurut Nabila, bakat lakonan yang dimiliki olehnya bukanlah bakat yang mudah untuk ditemui di kalangan remaja seusianya yang lain.

Tambahnya lagi, dia percaya bahawa banyak produksi dan pengarah yang mahu menawarkan watak untuk Balqis.

Namun mungkin kerana ketika ini Balqis banyak mendiamkan diri kerana penyakitnya.

Tambah Nabila lagi, dia berasa sedih apabila melihat keadaan kehidupan Balqis sekarang, mungkin ada yang ingin menghulurkan bantuan, tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Dia turut berharap agar orang ramai memberi semangat agar Balqis supaya terus bangkit dan kuat untuk melawan ujian tersebut kerana Balqis adalah pelakon yang mempunyai masa hadapan yang cerah.

Semalam, pelakon cilik Puteri Balqis yang pernah meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia Ke-19, dilaporkan melalui dugaan kehidupan yang sukar sehingga pernah mengikat perut selama beberapa hari.

Puteri Balqis turut meluahkan perasaan dalam sedutan promo program Bersamamu dan bersyukur diberi peluang untuk kembali mengingati Yang Maha Kuasa.

Pengakuan dalam rakaman video hampir dua minit itu mengundang sebak ramai malah peminat tidak menyangka Puteri Balqis sedang melalui kesukaran hidup.

Malah, demi kelangsungan hidup, Balqis turut menghasilkan dan menjual buku puisi berjudul 38 Poems of Puteri Balqis yang dijual di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Nabila yang pernah bergandingan dengan Puteri Balqis ketika melakonkan watak ibu dan anak dalam drama rantaian Akulah Balqis berkata, dia bukan sahaja menganggap Balqis seperti anaknya sendiri malah mengambil berat mengenai pelakon cilik itu.

Dua tahun lalu, Nabila bersama rakan artis Sharifah Sakinah dan Jihan Muse mengadakan jualan barangan terpakai atau ‘preloved’ bagi membantu Balqis.

Mereka berjaya mengumpul RM2,500 dan menghulurkan bantuan itu kepada Balqis secara berperingkat.

Mereka tidak menyerahkan wang berkenaan secara penuh kerana mahu memastikan Balqis mempunyai wang pada setiap bulan.

Walaubagaimanapun Nabila mengakui sudah agak lama tidak berhubungan dengan Balqis dan dia menghormati usaha Balqis untuk menjual buku puisinya.

Jika mahu diikutkan, bukannya Balqis tiada bakat, apatah lagi masih muda dan ada masa depan yang cerah. Banyak perkara yang boleh dilakukannya.

Nabila turut berharap supaya Balqis tidak mensia-siakan masa remaja dan bakat yang dimilikinya.

Nabila turut berdoa agar Balqis mendapat kebahagiaan dalam hidupnya dan berjaya dalam apa sahaja perkara diusahakannya, tambahnya. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply