MySejahtera dikemaskini, yang sudah daftar akan dapat pengesahan tanpa perlu daftar lagi

0

Aplikasi MySejahtera sedang membuat kemaskini kepada semua yang telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin.

Melalui perkongsian laman media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jabatan kesihatan terbabit memaklumkan pengguna akan mula melihat paparan seperti ini (gambar seperti lampiran di bawah) secara berperingkat.

“Jika sesiapa yang masih belum dapat melihat paparan seperti ini, tidak perlu lagi membuat pendaftaran semula.

“Tetapi jika anda telah membuat pendaftaran semula dan melihat tarikh yang dipaparkan adalah sama dengan tarikh pendaftaran semula, jangan khuatir, temujanji masih akan diberikan mengikut tarikh pendaftaran pertama dibuat,” kongsi pihak terbabit di Facebook rasmi KKM.

Dilaporkan kini lebih 1.77 juta orang telah mendaftar bagi menerima vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

#LindungDiriLindungSemua

#VaksinCovid19

#kkm

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply