My Chemical Romance bakal menemui peminat dengan konsert ‘Return’, tiket ‘sold out’ dalam masa 5 minit

0

Selepas enam tahun membawa haluan masing-masing kumpulan My Chemical Romance (MCR) yang pernah popular dengan lagu berjudul The Black Parade pada tahun 2006, membuat pengumuman akan mengadakan konsert ‘Return’ tidak lama lagi.

Perkongsian menerusi laman Twitter MCR yang mengesahkan kumpulan rock popular yang berasal dari Newark, New Jersey, Amerika Syarikat ini akan kembali bersama dan mengadakan persembahan istimewa khusus buat peminat setianya.

Namun apa yang mengejutkan umum sebaik pengumuman itu dilakukan adalah kesemua tiket konsert MCR telahpun habis dijual dalam masa lima minit sahaja.

“It is truly unbelievable to us the happiness we have experienced over the past two days. From the bottom of our hearts, thank you for the warm welcome back. We truly did not expect this. See you soon. Xoxo, MCR.”

Konsert yang bakal berlangsung di Shrine Expo Hall, Loss Angeles pada Disember ini akan diserikan dengan kemunculan vokalis utama Gerard Way, gitaris Ray Toro dan Frank Iero dan gitar bass Mikey Way.

Kumpulan yang bergenre Punk Rock ini mula ditubuhkan pada tahun 2001 dianggotai oleh Gerard Way, Mikey Way, Ray Toro, Matt Plissier dan Frank Iero.

Pada Mac 2010, kumpulan ini mengeluarkan album keempat Danger Days : The True Lives of the Killjoy Fabulous.

Selepas menerbitkan album berkenaan kumpulan ini mengambil keputusan untuk membubarkan MCR pada 22 March 2013.

Leave a Reply