Mungkin mahu cepat dan lupa pakai seluar, netizen pertikai penampilan Izara Aishah

0

Di sebalik kemeriahan majlis ‘baby shower’ pelakon popular Izara Aishah dan suami, Adib Khalid, warganet mempertikai penampilan Izara ketika majlis berkenaan berlangsung.

Izara yang kelihatan memakai baju paras peha itu dikatakan tidak menghormati ibu bapa mertua dan hadirin yang datang dengan memakai baju yang menampakkan bahagian lututnya.

Ditambah pula, Izara baharu sahaja pulang dari menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah.

Tidak kurang juga yang berseloroh Izara memakai sebegitu agar lebih mudah untuk melahirkan anak kelak dan ada yang mengatakan Izara mahu cepat sehingga terlupa untuk memakai seluar.

Namun Izara telah bertindak menutup ruangan komen pada Instagram miliknya.

Izara Aishah dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan yang pertama pada April tahun ini. — THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel Untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply