Mukhriz Mahathir cabar Muhyiddin Yassin tanding Presiden BERSATU

0

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengesahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan Presiden BERSATU.

Ia sekaligus menyaksikan pertembungan antara Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merebut jawatan itu.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya ketika dihubungi The Malaya Post.

Penamaan calon bagi jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu ditetapkan pada hari ini bermula 10 pagi hingga 3 petang di ibu pejabat Bersatu.

Pemilihan MPT akan dibuat pada 18 April semasa persidangan peringkat bahagian yang diadakan serentak seluruh negara.

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply