Muhyiddin ucap tahniah kepada Dato’ Pandelela

0

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg atas penganugerahan darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Dato’ hari ini.

Menurut mantan Perdana Menteri ke-8 dalam satu kenyataan di Facebook, anugerah ini amat tepat mengambil kira sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan dalam mengharumkan nama negara di pentas dunia.

“Pastinya anugerah yang diterima bersempena sambutan Hari Sukan Negara ini akan menyuntik motivasi tinggi untuk berjuang lebih gigih demi Malaysia. Tahniah Pandelela Rinong,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply