Muhyiddin, isteri terima dos penggalak

0

Kementerian Kesihatan memaklumkan, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menerima suntikan dos penggalak hari ini.

Menurut kementerian itu di Facebook rasmi KKM, bekas Perdana Menteri dan isterinya itu menerima suntikan penggalak itu pusat vaksinasi Axiata Arena (PPV) Bukit Jalil.

Menurut kenyataan KKM, Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas diberi keutamaan untuk dos penggalak.

“Setakat ini, hanya vaksin Corminaty keluaran Pfizer diluluskan untuk dos penggalak,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, kementerian memaklumkan pemberian dos penggalak itu menggunakan kaedah vaksin campuran.

“Bermula 22 Oktober lalu secara berfasa di seluruh negara, pemberian dos penggalak diperluaskan kepada warga emas yang telah terima dos lengkap vaksin Sinovac.

“Kaedah pemberian vaksin campuran (mix and match) atau heterologus vaccination telah disahkan selamat dan berkesan,” memetik kenyataan itu.

Kementerian memaklumkan, dos penggalak adalah bagi mereka yang mana dos kedua sudah mencukupi, tetapi dalam beberapa bulan, tindak balas imun mereka mula menurun.

“Dengan 2 dos lengkap dan 1 dos penggalak, tempoh perlindungan dapat dipertingkatkan ke tahap optimum.

“Warga emas yang layak akan mendapat tarikh temujanji menerusi aplikasi MySejahtera dan SMS,” menurut kenyataan itu lagi.

Suntikan boleh diambil di klinik-klinik swasta atau PPV yang dikendalikan pengamal perubatan swasta yang telah dilantik KKM dan berdekatan tempat tinggal mengikut pendaftaran alamat di MySejahtera.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply