Muhammed Yusoff Rawther sanggup menjalankan ujian poligraf untuk bantu pihak polis menjalankan penyiasatan dengan adil dan saksama – Haniff Khatri

0

Peguam terkenal, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu, Muhammed Yusoff Rawther sanggup menjalankan ujian poligraf untuk membantu polis dalam menjalankan penyiasatan yang adil, saksama dan tepat berkenaan laporannya.

“Dia  bersedia untuk menjalankan ujian poligraph pada bila-bila masa, tarikh dan tempat yang akan diputuskan oleh pihak polis.

“Yusoff Rawthe juga sedar bahawa kebolehterimaan keputusan mana-mana ujian poligraph adalah semata-mata untuk mahkamah menentukan namun dia bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis untuk membantu menyelesaikan penyiasatan dengan adil dan konklusif.

“Dia juga tahu bahawa sama seperti dengan ujian forensik lain, tidak ada peruntukan tertentu terhadap undang-undang untuk menjalankan ujian poligraph dalam penyiasatan jenayah, tetapi percaya dengan adanya teknologi sedemikian di dalam bidang kuasa kita, ianya harus digunakan untuk  penyiasatan ini untuk menyokong pertuduhannya, bebas daripada Deklarasi Berkanun secara sukarela yang disahkan pada 19 November 2019,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata Yusoff Rawther menanti tindak balas pihak polis terhadap permintaan ini.

Leave a Reply