Muafakat Nasional PAS-UMNO di zahirkan akar umbi melalui ikatan perkahwinan

0

Inilah yang dikatakan simbol pertautan antara UMNO dan PAS.

Memetik status dimuatnaik Pensyarah Senior Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Yusoff berkata berabad lamanya Besut, khasnya Hulu Besut, menjadi satu kawasan yang cukup panas dalam hubungan antara UMNO dan PAS di Terengganu.

Katanya tetapi kini sejak termeterainya jalinan Muafakat Nasional antara kedua-dua buah parti, hubungan antara UMNO dan PAS sudah menjadi semakin mesra.

“Malah, seorang orang kuat Pemuda PAS dari Darau dan seorang Ketua Puteri UMNO Hulu Besut dari Bukit Mali, kedua-duanya di Hulu Besut, sudah pun diijabkabulkan” katanya.

Yang pasti perkahwinan antara Mohd Al-Naim Mohd Noor dan Nor Azian Noordin ini adalah contoh betapa intimnya pertalian antara UMNO dan PAS sekarang.

Semoga hubungan antara kedua-kedua pasangan mempelai seperti juga hubungan antara UMNO dan PAS akan dirahmati dan berkekalan hendaknya.

Tahniah dari kami di The Malaya Post buat kedua-dua mempelai. Selamat Pengantin Baru. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply