Muafakat dan kerjasama PN akan terus diperkukuh

0

Pemimpin-pemimpin parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan satu pertemuan petang semalam di Putrajaya.

Berita terbabit dikongsikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Facebook rasmi miliknya.

Menurut beliau kesemua pimpinan parti menzahirkan sokongan kepada beliau selaku Perdana Menteri dan bermuafakat untuk terus memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Ketua-ketua parti yang mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan satu pertemuaan petang tadi di…

Posted by Muhyiddin Yassin on Wednesday, 1 July 2020

Beliau turut berkongsi antara pimpinan yang hadir ketika pertemuan terbabit antaranya Presiden-Presiden parti iaitu beliau sendiri, mewakili parti BERSATU, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewaklli UMNO, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang mewakili parti PAS.

Selain itu Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA), Tan Sri Dato’ Vigneswaran Sanasee (MIC), Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg (PBB), Prof Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian (SUPP), Dato’ Sri Tiong King Sing (PDP), Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (PRS), Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS), Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (PBRS) dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR) juga turut serta dalam pertemuan berkenaan.

Mesyuarat selama dua jam itu turut dihadiri oleh Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Whip Kerajaan Perikatan Nasional dan Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, selaku Setiausaha Agung BERSATU.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply