MUA ‘sekolahkan’ abang anti solek

0

Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Bagaimana mereka menilai dan mengekspresi makna cantik itu, terserah pada cara masing-masing.

Perkongsian seorang jurusolek atau MUA (makeup artist) ini menarik perhatian warga maya.

Bukan bersandar pada kecantikan dan kemahiran bersolek semata-mata, namun nasihat yang disampaikan sangat padu agar wanita menjadi diri sendiri.

Menurutnya, walaupun menerima komen negatif tentang mereka yang suka bersolek, wanita tidak perlu kecil hati dan patah semangat. Kita perlu bahagia untuk menjadi diri sendiri dan melakukan apa yang disukai.

Sambil mempertontonkan tutorial solekan, MUA ini ada menurunkan ‘teknik’ menjawab soalan buat mereka yang sering memperlekehkan wanita bersolek.

Lelaki : Wanita yang suka bersolek ni ‘fake’ dan tak ‘natural beauty’.

MUA : Eh.. kalau nampak perempuan cantik, u tengok juga kan!

Lelaki : Dalam solekan bukan main cantik. Kalau tidak, buruk.

MUA : Sebab tu lah kita bersolek, supaya nampak cantik dan meningkatkan keyakinan diri. Abang tu sila tengok cermin sebelum komen tentang orang lain. Abang pun muka macam tayar 😂

Lelaki : Wanita bersolek suka menarik perhatian orang.

MUA : Wanita bersolek untuk kepuasan diri sendiri ya. Alat solekan kita beli sendiri untuk kelihatan cantik dan gembirakan diri sendiri.

Wanita : Acik guna bedak talkum pun dah cantik.

MUA : Takpe, acik pakailah bedak talkum tu. Kami nak bersolek.

Apa yang ingin disampaikan di sini, setiap orang ada minat dan cara tersendiri dalam meningkatkan penampilan mereka.

Tidak perlu merendahkan minat orang lain jika anda bukan salah seorang daripadanya. Dalam erti kata lain ‘mind your own business’ ✌️

Cayalah dik! Teruskan berkongsi ilmu kecantikan ya! 💄💋

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply