Mrs Malaysia World 2019, Priyaa Simmi mewakili Malaysia ke Las Vegas berentap merebut gelaran Ratu Cantik Mrs World 2019

0

Baru-baru ini telah berlangsung Pertandingan Ratu Cantik Mrs Malaysia World yang diadakan di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur.

Menepati ramalan ramai, Priyaa Simmi dimahkotakan sebagai Mrs Malaysia World 2019.

Beliau sekaligus melayakkan Priyaa Simmi atau R. Priyadarshimi mewakili Malaysia ke Las Vegas, Amerika Syarikat bagi menyertai Ratu Cantik Mrs World 2019 pada 6 Disember nanti.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu menyifatkan anugerah yang diterimanya sebagai inspirasi kepada golongan wanita khususnya bagi mereka yang sudah berkeluarga agar tidak menjadikan status itu sebagai penghalang dalam mencapai impian.

Malah beliau menggalakkan para wanita dalam setiap bidang profesion harus bebas dari tekanan kewangan.

Namun perjalanannya bukan semudah yang disangka, perjalanan penuh cabaran itu selama tiga bulan lalu dan mula berentap dengan 35  peserta lain melalui pelbagai program yang disediakan setiap minggu dan hujung minggu.

Tentunya, dalam tempoh itu masing-masing mahu memenangi gelaran Mrs Malaysia World yang akan dipertandingkan di Las Vegas nanti.

Bagi Priyaa,  semua cabaran itu tidak akan dapat dilaluinya dengan mudah tanpa sokongan dan bantuan keluarganya serta rakan-rakan.

Setelah bergelar Mrs Malaysia World, Priyaa memberitahu dia semakin sibuk menghadiri program-program kebajikan yang telah diaturkan oleh pihak penganjur.

Dalam pada itu, Priyaa juga akur dan sudah bersedia mental dan fizikal untuk membiasakan diri dengan menghadiri semua program yang telah pun dijadualkan.

Wanita yang memiliki karisma dan gaya tersendiri ini, sentiasa positif dan berpendapat setiap apa yang perlu dilakukan pada waktu sekarang merupakan persediaan awal dalam proses membiasakan diri dengan lebih banyak penglibatan untuk dibawa ke peringkat dunia.

Priyaa juga percaya, sebagai seorang wanita bergelar Puan yang berkerjaya, mempunyai perniagaan sendiri, beliau berazam untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan serta percaya apabila membantu mereka yang susah maka lebih ramai lagi akan memberi sokongan untuknya berbuat baik dengan ikhlas.

Priyaa juga sentiasa yakin dengan kebaikan yang dilakukan pasti akan terbalas dengan kejayaannya untuk memenangi apa jua pertandingan di peringkat yang lebih besar.

Berkarektor sebagai wanita yang rajin berusaha tanpa berputus asa, Priyaa merasakan tidak ada apa yang mampu menghalangnya dalam mencapai kejayaan.

View this post on Instagram

ASK YOURSELF WHAT YOU REALLY WANT TO DO? WHAT'S YOUR INTEREST AND PASSION IN?(It could be the most simplest thing) AND GO FOR IT!! 💪🏼 I'm learning, polishing and mastering various skills apart from just increasing financial gains of my businesses. I recognize knowledge and skills as significant elements of growth which will continuously contribute to my career and personal development as I believe that they add value to my personal profile. In recent times, I have come to realize that young women are thriving to achieve great heights in their education while giving minimal or no importance to learning non-academical skills and knowledge. I want to emphasize that these skills and knowledge are equally important as academical achievements as they are the key factors that will determine our consequential development both in career and personal life. #roadtomrsmalaysiaworld #skills #tailoring #dancing #newskills #funtime #goals #goal #fitness #life #digitalmarketing #business #development #talent #workout #love #learning #cr #sport #fun #likes #knowledge #like #bhfyp

A post shared by Mrs Malaysia World 👑 2019/2020 (@priyaasimmi) on

Priya yakin jika fokus dan terus berusaha kejayaan pasti menjadi miliknya.

View this post on Instagram

Watch me proudly wearing a blouse that I made myself towards the end of this video 😍😂. To accommodate my thoughts and mindset, I am occupying my free time by attending multiple classes to enhance and polish my expertise in the following areas – dance, makeup, tailoring, designing, styling, marketing, etc. Apart from just to add value, I am mastering these skills as I believe the best way to expand my businesses are by learning the skills from the scratch instead of just delegating the tasks to my employees. The reason I have delved into many areas is because I want the financial freedom and independence to explore the diverse fields and experiences of this industry rather than just sticking to a 9-5 accountancy career which will not provide me with adequate time and energy to fulfill my life aspirations. #mrsmalaysiaworld2019 #roadtomrsmalaysiaworld #tailoring #bespoke #tailor #gentleman #fashion #suit #style #handmade #madetomeasure #menstyle #sewing #tailored #weddingdress #blouseideas #selfmade #bhfyp

A post shared by Mrs Malaysia World 👑 2019/2020 (@priyaasimmi) on

Selain dinobatkan sebagai Mrs Malaysia World, Priyaa juga berjaya merangkul 3 anugerah lain dalam kategori berbeza termasuk kategori Evening Dress Terbaik.

Penelitian kelayakan dibuat berdasarkan kecantikan, persepsi, sahsiah, tahap motivasi dan penampilan sebagai seorang wanita berkahwin.

Keyakinan Priyaa menjawab soalan-soalan misteri dengan tenang dari pihak juri dan panel hakim serta jawapan bernas sebagai seorang wanita yang bergelar usahawan yang sedang giat mengembangkan perniagaan spa dan kecantikan miliknya.

Kejayaan Priyaa yang kini berusia 24 tahun itu, melayakkannya menerima hadiah berupa wang tunai RM10,000, trofi dan hadiah sampingan lain.

Terdahulu, K. Kokilam, 34, menyandang gelaran Mrs Malaysia World 2018/2019 dan berjaya meraih tempat ketiga pertandingan ratu cantik Mrs World 2018/19 di Las Vegas. 

Mrs World adalah pertandingan ratu cantik pertama dan tertua di dunia diwujudkan pada tahun 1984 dan kini mempunyai pengarah nasional di 80 negara.  

Pertandingan ini diasaskan oleh David Marmel yang juga merangkap sebagai Presiden.

Semoga dengan anugerah ini, lebih ramai wanita yang sudah berkeluarga terus aktif dengan kerjaya masing-masing seterusnya mengharumkan nama negara dan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Leave a Reply