MPT BERSATU sebulat suara setuju pembentukan Perikatan Nasional – Sumber

0

Mesyuarat Pimpinan Tertinggi, MPT BERSATU hari ini sebulat suara memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia dan sekaligus pemangku Pengerusi BERSATU.

Menurut sumber, MPT turut sebulat suara menyokong pembentukan Perikatan Nasional.

“Secara ringkasnya mesyuarat sahkan MPT Bersatu memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengesahkan semua tindakan yang telah diambil sebelum ini”, menurut sumber.

Kepada satu soalan lain, sumber turut menafikan desas desus mengatakan BERSATU bakal sertai UMNO.

“Tak betul. MPT menyokong penuh pembentukan Perikatan Nasional”, menurut sumber lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Bersatu Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditemui pemberita berkata empat pemimpin BERSATU yang bertindak keluar dari mesyuarat parti yang sedang berlangsung itu mungkin mereka mempunyai urusan lain.

“Mesyuarat berjalan dengan cukup baik dan Alhamdulillah. Semua bagi sokongan kepada Perdana Menteri, Presiden merangkap Pemangku Pengerusi parti”.

“Suasana mesyuarat baik. Mereka yang keluar tadi mungkin ada hal,” katanya.

Terdahulu media melaporkan empat pemimpin Bersatu, yang dipercayai berpihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bertindak keluar dari mesyuarat parti yang sedang berlangsung dan dipengerusikan oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Ia dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pemimpin berkenaan terhadap perbincangan yang dibangkitkan di dalam mesyuarat.

Mesyuarat malam tadi diadakan selepas seminggu parti itu mengumumkan keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain terhenti serta merta kerana melanggar perlembagaan parti.

Tun Dr Mahathir termasuk empat yang lain iaitu Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dato’ Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik terhenti keahlian kerana duduk di kerusi blok pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat 18 Mei lalu.

Maklumat lanjut mengenainya mesyuarat malam tadi akan dimaklum pada sidang media pagi ini oleh Setiausaha Agong BERSATU, Dato’ Seri Hamzah Zainudin. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply