MOSTI jalin pendekatan diplomasi sains antara negara-negara sedang bangunkan vaksin COVID-19

0

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan mesyuarat membincangkan potensi pendekatan ‘diplomasi sains’ antara Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangunkan vaksin COVID-19.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Khairy Jamaluddin, ‘diplomasi sains’ yang dijalinkan itu antara lain adalah untuk memastikan Malaysia sentiasa berada pada kedudukan terbaik untuk menjadi di antara negara terawal yang mempunyai akses kepada vaksin COVID-19 apabila ia terhasil kelak.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3524653977551178&id=146120775404532

Menurut beliau, beberapa negara telah dikenal pasti akan menjadi tumpuan utama dalam ‘diplomasi sains’.

“Ia memandangkan negara-negara tersebut telah mencapai tahap yang lebih ke hadapan dalam pembangunan vaksin COVID-19.

“Namun begitu, Malaysia akan terus juga menerokai peluang diplomasi sains dengan negara-negara yang lain memandangkan buat masa ini tiada lagi vaksin yang benar-benar berkesan dalam mengubati COVID-19,” ujar beliau.

Beliau turut berharap agar usaha yang bakal mereka laksanakan ini mampu memberi hasil yang memberangsangkan dalam usaha negara memerangi wabak COVID-19.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply