Momen romantis Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sempena Ulang Tahun Perkahwinan ke-72

0

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed telah berkongsi sebuah video romantis berdurasi 1.34 saat bersama isteri tercinta Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-72.

Berikut kami kongsikan petikan video dan kasyen di muat naik Tun Dr Mahathir sempena Ulang Tahun Perkahwinan pasangan romantis ini ke-72.

72 years and still counting. To stay married, be tolerant to each other.

– TUN DR MAHATHIR MOHAMED

“Ada juga masa berkawan dulu, saya nampak dia berbual dengan lelaki lain, saya cemburu. Begitu juga apabila dia melihat saya bersama wanita lain. Tetapi, lama kelamaan kami faham sebenarnya tidak ada apa yang berlaku. Jadi, perhubungan itu berkekalan.

Saya sudah masak dengan tumpuan yang diterima suami saya khususnya daripada orang ramai. Malah, sering kali juga saya terpaksa ke tepi bagi membolehkan orang ramai yang ingin merakam gambar kenangan bersama Dr Mahathir.

– TUN DR. SITI HASMAH

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-72 buat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah. Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT ❤

WITHOUT FEAR OR FAVOUR, THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply