Mokhtar Dahari atau ‘Supermokh’ masih kekal sebagai Penjaring ketiga terbanyak dunia

0

Legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebenarnya pernah memegang gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman satu ketika dulu.

Berdasarkan beberapa statistik yang melaporkan mengenai jumlah jaringan gol antarabangsa, Mokhtar yang lebih dikenali sebagai ‘Super Mokh’ meledak 89 gol dalam 142 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.

Pencapaian 89 gol itu dilakar sehingga tahun 1991, sebelum Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun sama.

Berdasarkan rekod berkenaan, Mokhtar berjaya memintas pencapaian legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.

Jadi, secara tidak langsung Mokhtar pernah memegang gelaran penjaring terbanyak dunia pada waktu itu, sebelum rekod berkenaan dipintas legenda bola sepak Iran, Ali Daei yang memulakan koleksi 109 golnya pada 1993.

Bagaimanapun, dua gol daripada pemain Portugal, Cristiano Ronaldo menyaksikan dia turut meledak 109 gol, sekali gus terikat dengan Daei bagi gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Dengan penyerang Juventus itu masih lagi aktif bermain dan berjaya membawa Portugal ke pusingan 16 terbaik, Ronaldo hanya memerlukan satu lagi gol untuk bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman yang mutlak.

Apapun, rekod Mokhtar sememangnya perlu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, apatah lagi beliau masih menghuni tangga kedua setakat ini bagi pencapaian penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Kami sempat menjengah ruangan komen di beberapa platform media sosial membabitkan peminat sukan bola sepak, rata-rata meluahkan rasa kagum dan bangga mereka dengan pencapaian Allahyarham SuperMokh yang disifatkan luar biasa.

“Messi pun tak boleh pintas rekod Arwah SuperMokh” – netizen

Malah ramai berpendapat pemain terbaik dunia dan pemenang 6 kali Ballon d’Or, Lionel Messi dari Argentina juga sukar menyaingi rekod Allahyarham di persada Antarabangsa di mana Messi hanya mampu menjaringkan 73 gol bersama pasukan kebangsaannya.

Untuk rekod selain SuperMokh, seorang lagi lagenda bola sepak negara Dato’ Soh Chin Ann atau lebih terkenal dengan gelaran Soh Chin Aun juga mempunyai rekodnya tersendiri di peringkat antarabangsa.

Soh Chin Aun adalah pemegang rekod sebagai pemain paling banyak penampilan antarabangsa di dunia (World’s Top Most Capped Players in Football) dengan 224 jumlah perlawanan meninggalkan jauh Ahmed Hassan dari Egypt (184) yang sebelum ini dicanang sebagai pemain paling banyak mewakili negaranya di dunia.

Berikut senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman:

1. Ali Daei (Iran), Cristiano Ronaldo (Portugal) 109 gol

2. Mokhtar Dahari (Malaysia) 89 gol

3. Ferenc Puskas (Hungary) 84 gol

4. Godfrey Chitalu (Zambia) 79 gol

5. Hussein Saeed (Iraq) 78 gol

6. Pele (Brazil) 77 gol

7. Ali Mabkhout (Emiriah Arab Bersatu) 76 gol

8. Sandor Kocsis (Hungary) 75 gol

Marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan Al Fatihah untuk wira negara ini. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan menempatkan rohnya dikalangan orang-orang beriman 🤲❤

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply