Mo Farah alami kecederaan di kaki, tarik diri dari perlumbaan The Big Half

0

Juara Olimpik empat kali Mohamed Muktar Jama Farah telah menarik diri dari perlumbaan ‘The Big Half’ bulan depan kerana mengalami kecederaan.

Pemenang separuh acara maraton di London selama dua tahun yang lalu dilaporkan mengalami kecederaan di kaki semasa melakukan latihan.

Pelari jarak jauh kelahiran British, Mo Farah akui terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk tidak berlumba tahun ini dan berharap akan kembali berdaya saing semula pada tahun hadapan.

Dilabelkan atlet yang paling berjaya dalam sejarah Sukan Olimpik, perlumba berusia 36 tahun ini merupakan pemenang pingat emas dalam larian 5,000m dan 10,000m pada Olimpik 2012 dan 2016.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply