MKN sedang menyediakan SOP waktu operasi servis penghantaran makanan sepanjang Ramadan

0

Pihak kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan 11 penjara sementara untuk tahanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penjara sementara ini akan mula beroperasi pada 23 April depan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membantu menyediakan petugas kesihatan di setiap lokasi.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sedang menyediakan SOP waktu operasi yang sesuai servis penghantaran makanan bagi bulan Ramadhan.

Menurut beliau, sebarang perincian mengenai SOP yang akan dijalankan sepanjang Ramadan ini akan diumumkan selepas mendapat maklum balas dari pihak MKN.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menetapkan waktu yang sesuai bagi penghantaran makanan sepanjang Ramadan ini.#MinDefMalaysia#COVID19

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Minggu, 19 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply